Visi & Misi Restoran Ulek Mayang


Restoran Ulek Mayang adalah sebuah restoran milik penuh usahan bumiputera yang ditubuhkan pada 20 Jun 2005.

Restoran ini diterajui oleh seorang usahawan yang berdedikasi dan berpandangan jauh untuk maju.
Usaha-usaha telah dan sedang dilakukan oleh pihak pengurusan kearah memajukan lagi restoran ini.
Kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan seperti pelajar-pelajar universiti, keluarga, serta penduduk setempat amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan yang kami sediakan cepat, memuaskan serta terjamin dari segi kebersihan hidangannya.

Restoran Ulek Mayang menyajikan hidangan panas yang enak serta harga yang berpatutan yang pastinya membuatkan pelanggan amat berpuas hati dengan kesedapan masakan disini.
Dengan pekerja-pekerja yang berpengalaman serta mesra pelanggan, kami amat memetingkan kecepatan layanan samada dari bermulanya pelanggan masuk, sehinggalah kepada menyediakan hidangan yang cepat dan sedap. Kami juga mementingkan kebersihan sekaligus kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kami.

Kami di Restoran Ulek Mayang yakin pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dengan layanan yang diberi dan hidangan yang disediakan untuk pelanggan-pelanggannya tidak kira lapisan umur.
Kami berusaha menambah serta mencari kelainan dalam hidangan dan citarasa di restoran ini bagi menarik pelanggan datang ke restoran kami. Ini sekaligus membuatkan kami teruja untuk memberikan perkhidmatan yang xtra kepada pelanggan kami yang disayangi.

Sebagai sebuah restoran yang sentiasa inginkan kelainan, keenakkan hidangan, kami menerima dengan positif segala pembaharuan ataupun idea dari pelanggan kami dari segi menu penyediaan makanan. Jika ada daripada pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai idea menarik, anda bolehlah emailkan idea ataupun komen anda di blog kami ini.

InsyaAllah segala idea dan komen dari pelanggan kami, diharapkan restoran kami akan lebih digemari serta dikunjungi lebih ramai lagi pelanggan-pelanggan dengan adanya pembaharuan tersebut.
Untuk pelanggan-pelanggan yang mengunjungi serta yang tidak pernah jemu datang, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan diharapkan anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Terima Kasih.

No comments: