Friday, August 13, 2010

PETUA-PETUA DIDAPUR

PETUA-PETUA DIDAPUR

1. KUPAS BAWANG
Untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi. 6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERASletakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul. 7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKATSebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

Wednesday, May 19, 2010

Nasi Goreng Kampung




Bahan-Bahan:
200 gm nasi yang sudah dimasak
1 biji bawang putih (dimesin)
2 biji bawang merah
6 biji cili padi (dimesin halus)
2 biji cili merah
10 ekor ikan bilis 80 gm isi ayam atau isi udang (dipotong kecil)
2 biji telur ayam
3 tangkai kacang panjang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sedikit garing.

Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili, kacau sehingga telur masak.

Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan cili merah.

Nasi Goreng USA



Bahan nasi:
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Daging masak merah:
300gm daging ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji capsicum ~ dihiris
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan daging:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.

Wednesday, April 14, 2010

Nasi Goreng Ikan Masin




Bahan-bahan ( 4 orang )

1 mangkuk nasi
Sayur campuran
Ikan kurau masin dicuci bersih, dipotong kecil dan digoreng garing
Ayam, udang
5 batang cili padi - dihiris halus (ikut kepedasan masing2)
4 ulas bawang putih - dicincang
3 biji telur
1 sudu besar light soya sauce
Garam dan sedikit serbuk lada putih
Cara-cara

Tumiskan bawang putih.
Masukkan ayam dan udang dan tumis sehingga masak.
Masukkan cili padi, light soya sauce, serbuk lada putih dan garam.
Masukkan telur, sayur campur dan gaul sebentar.
Akhir sekali masukkan nasi dan ikan kurau yang telah digoreng terlebih dahulu.
Kacau biar semuanya jadi sebati dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun ketumbar kalau ada.

Wednesday, April 07, 2010

NASI DAGANG & GULAI IKAN AYA



NASI DAGANG
Bahan-Bahan:
7 tin susu beras
1 tin susu beras pulut
6 ulas bawang merah (dihiris) 1 cm halia (dihiris)
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa
Cara:
Campur beras dan beras pulut kemudian dibasuh dan direndam selama 2 jam. Kelapa diambil 2 cawan santan pekat dan 4 cawan santan cair. Beras yang telah direndam kemudian dit
oskan airnya dan dikukus hingga separuh kembang, angkat masukkan santan cair dan gaulkan rata dan dikukus sekali lagi. Kemudian diangkat masukkan santan pekat, bawang, halia, halba dan garam secukup rasa sambil digaulkan rata. Kukuskan semula hingga sebati kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Gulai Nasi Dagang

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan tongkol
20 biji bawang merah, ditumbuk
3 cm lengkuas, dititik
2 cm kunyit hidup, ditumbuk
4 sudu besar kerisik
2 mangkuk santan daripada 1 biji kelapa 1 ulas bawang putih
2 cm halia, dititik
20 tangkai cili kering, ditumbuk halus
Sedikit asam gelugur
Minyak untuk menumis
5 tangkai cili hijau
Cara:
Bersihkan ikan dan dipotong mengikut suka. Masukkan ke dalam periuk.

Taburkan garam dan asam gelugur di atas ikan. Tuang air hingga ke paras ikan.

Tutup periuk dan jerang di atas api sederhana. Rebus hingga kering.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili tumbuk, kunyit, halia, lengkuas dan santan pekat.

Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, kerisik, cili hijau, garam dan gula.

Biar hingga mendidih baru diangkat.

Sotong Pedas

hari2 kena masak pedas kat rumah ni.. - Fotopages.com

Bahan:
1kg sotong
50 sen cili kering
3 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
halia sebesar ibu jari
3 btg serai-dititik
2 helai daun kunyit-diricik
garam,gula,asam keping secukup rasa

CARA:
cili,bwg besar,bwg putih,halia-di blend
tumis mcm nak buat rendang..tumis sampai masak
masukkan sotong,serai
masak sampai agak2 kecut dan kering air
masukkan santan,bahan perasa secukup rasa
adjust ikut selera..last masuk kan daun kunyit

Lemak Cili Api Kerang




kerang ikut banyak mane yg suka
2 biji bwg merah - tumbuk/kisar
5 cili padi - tumbuk / kisar
serbuk kunyit 0r kunyit yg dikisar bsama santan
santan pekat - sha suka guna santan pekat.. xsuka kuah cair
garam sckupnya
2 batang serai
daun kunyit

masukkn bwg merah, cili padi n santan. kacau sbati.
agak2 hampir mdidih, masukkn kerang.
letakkan serai & daun kunyit.
agak2 dh masak, masukn garam. kacau sbati.

Tuesday, April 06, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa




1 ikan siakap
2-3 biji bawang besar-potong
2 ulas bawang putih-ketuk
2 cm halia-cincang
3-4 sudu cili kering kisar
2 sudu beso sos cili
1 sudu beso sos tomato
5 biji cili padi kisar
1 sudu kici sos ikan
sgenggam sayur campuran
garam

ikan digoreng hingga masak n garing sket, angkat.
goreng bawang besar tadi hingga kekuningan, angkat n kisar.
tumis bawang putih, halia n air sket. masukkan cili kisar. masak hingga terbit minyak.
masukkn garam, sos cili, sos tomato n sos ikan. kacau sbati.
masukkn sayur campur. kacau.
tuang atas ikan.

Siakap Masam Manis




Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap (dibersihkan, dilumurkan kunyit dan garam serta digoreng garing) Bahan untuk sos:

3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
½ botol sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.

Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digoreng tadi. Hiaskan dan hidangkan.

Hidangkan bersama nasi putih bersama-sama lauk lain.

Bawal Hitam Sambal Kicap




1 ekor ikan bawal hitam
3 sudu beso lada sulah
tepung jagung

ikan d gaul bsama lada sulah n tepung jagung. goreng garing.

10 biji bwg merah
1 biji bwg putih
4 sudu cili kisar
1 biji tomato
3 sudu kici sos ikan
1 sudu beso sos tiram
3 sudu beso sos cili
1 sudu beso kicap pekat
garam n gula sckupnya.

bwg merah, bwg putih, cili n tomato dkisar bsama.
tumis shingga minyak terbit.
masukkn sos tiram, sos ikan, kicap pekat.. kacau.
masukkn sos cili, garam n gula sckupnya.,
gaul shingga masak.
tuang atas ikan.