Monday, November 09, 2009

Rojak Buah

Rojak Buah



Sesekali teringin juga kita mahu menikmati kelazatan buah-buahan segar. Disamping boleh membekalkan beberapa vitamin, ia juga boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan makanan yang berkabohidrat tinggi.


Bahan-bahannya :

1. 1 botol otak udang
2. 1 botol besar kicap manis kipas udang
3. 2 botol besar sos cili ‘life’
4. 3 sudu besar sos tomato
5. Kicap masin ( kalau kurang masin )
6. Gula melaka ( kalau otak udang kurang)
7. Kacang dan bijan ( untuk tabur )



Cara-caranya :
· Campurkan semua bahan ke dalam periuk ( kecuali bahan tabur )
· Masak kesemua adunan tadi hingga mendidih dan pekat.
· Uji rasanya sehingga secukup rasa dengan citarasa anda.
· Angkat dan hidangkan.
· Untuk resepi sihat, kacang tanah bakar menggunakan oven. Bagi kesan lebih sihat, tumbuka la kacang itu ye, jangan kisar pula ;)


Buah-buahan :
· Belimbing
· Jambu batu
· Sengkuang
· Nanas
· Timun
· Epal
· Mengikut citarasa


Cara-caranya :
· Potong buah-buah tersebut mengikut citarasa anda. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil asalkan memudahkan anda untuk menjamahnya.
· Curahkan kuah rojak yang telah sejuk tadi ke atas buah-buahan yang telah dipotong.
· Taburkan kacang tanah tumbuk dan bijan ( jika mahu ) .
· Sedia untuk dinikmati.


Dari resepi ini, kuantiti kuah yang diperolehi lebih kurang 2 litter lebih. Jadi, yang lebih tu boleh la simpan dalam peti ais. Jika berkeinginan menikmati, ambil saja kuah rojak dan potong buah. Boleh sekali ajak rakan taulan, jiran tetangga menikmati rojak buah ni.


Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma

Posted by SELERA MALAYA at Saturday, August 02, 2008 0 comments
Labels: Makanan Kesihatan
Wednesday, July 30, 2008

Jus Sayuran : Jus Seleri Timun

Hari ini seharian saya menjadi pemudah cara (fasilitator) untuk satu program latihan di tempat kerja saya. Pulang ke rumah saya lihat isteri saya sudah sediakan stok ayam untuk dibuat sup pada malam tersebut. Tapi selera saya agak terbantut. Ditambah dengan azam saya untuk berhati-hati dengan apa yang saya makan saya keluarkan bahan-bahan tersebut:
1 1/2 batang seleri.
4 hiris timun.
Sepotong lemon
Sesudu madu lebah
Sedikit kiub ais.
Setengah gelas air kosong.
Caranya : Kisar semua bahan di atas. Siap! Perahan lemon dan madu mengikut selera anda. Mula-mula saya skeptikal sikit mahu minum jus ini. Saya sisip sedikit. Sedap juga. Kini saya sedang menikmatinya sambil menaip entri ini dan mendengar streaming Radio Klasik Nasional.

Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma

Saturday, October 31, 2009

Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Nanas

Bahan-Bahan: [Ingredients]

2 sendok makan minyak sayur
500 gram daging ayam, potong bentuk dadu
750 cc kaldu ayam
1 sendok teh garam
450 gram beras, cuci
3 buah bawang merah, cincang halus
5 siung bawang putih
1 cm jahe, cincang kasar
1 sendok teh ketumbar
1/2 sendok teh white peppercorn
1/2 sendok teh jinten
1/4 sendok teh pala bubuk
1 batang kayu manis
2 buah kapulaga, memarkan
2 buah cengkeh
1 batang sere, memarkan
1/2 buah nanas, kupas, potong kecil-kecil
1 sendok makan bawang merah goreng

Cara Memasak: [Cooking Instruction]

Haluskan bawang merah, bawang putih, jahe, ketumbar, white peppercorn, jinten, pala bubuk, kayu manis, dan kapulaga, lalu sisihkan.

Panaskan minyak sayur di atas api sedang, lalu masukkan bumbu yang telah dihaluskan, cengkeh, dan sere, tumis hingga harum.

Masukkan daging ayam, aduk rata, masak hingga daging berubah warna, lalu tambahkan kaldu ayam dan garam, aduk rata, masak hingga daging empuk, angkat, saring, sisihkan.

Masukkan beras dan sisa kaldu ayam tadi ke dalam panci, aduk rata, masak hingga mendidih, lalu tutupi, masak hingga nasi setengah matang dan kuah terserap.

Masukkan daging ayam tadi, aduk rata, masak di atas api kecil hingga matang seluruhnya, angkat, lalu taburi dengan nanas dan bawang merah goreng di atasnya, sajikan.

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan: [Ingredients]

2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)

5 biji cili merah ditumbuk
5 ulas bawang merah
1 pokok daun bawang (diiris)
Garam secukupnya


Cara Memasak: [Cooking Instruction]

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.

Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.

Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.

Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan.
Cadangan Hidangan: [Serving Suggestion]

Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Tuesday, August 11, 2009

PROFILE RESTORAN ULEK MAYANG

INFO RESTORAN ULEK MAYANG

Nama Perniagaan : Restoran Ulek Mayang Tomyam N' Seafood
No Pendaftaran : 001461706-K
Tarikh Ditubuhkan : 20 Jun 2005
Alamat Pendaftaran : B-206 Apt Subang Impian, Jalan Zuhal U5/177,
Sek.U5, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perniagaan : No 17 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Nama Pemilik : Tengku Azman Shah bin Tengku Adnan
H/P No: 017-2828708
Email : ulekmayangg@yahoo.com